Jenayah

VIOS hanyut dalam longkang

Nasib baik pemandu kereta Toyota Vios tu selamat.

Kejadian berlaku di Persiaran Mohagani berhadapan Standart Chatered Dataran Sunway Kota Damansara, Selangor petang semalam.

Ketua Jabatan Penguatkuasaan Siasatan Trafik Selangor, SUPT Azman Shari’at berkata, kereta dipandu itu dipercayai terbabas sendiri semasa melalui kawasan itu sebelum terjunam ke dalam longkang. 

Semasa menunggu lori penunda, hujan turun dengan lebat sekali gus menyebabkan kereta dihanyutkan air longkang yang deras. 

Pemandu seorang pelajar warga asing dan identiti sebenar  tidak diperolehi berikutan tiada sebarang report kemalangan diterima setakat ini.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Skesyen 43 (1)APJ 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *